dibuka semula

PICKids dibuka semula jika ada permintaan

NOOR Azmi Ghazali mencuba kemahirannya ketika merasmikan pertandingan memanah tradisional di Padang Lembah Beriah di Bukit Merah, Perak hari ini. - UTUSAN/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membuka semula Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak -Kanak (PICKids) jika ada permintaan oleh rakyat.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, program PiCKids telah berakhir pada hujung Mei lalu dan KKM tidak lagi bercadang untuk melanjutkan program tersebut.

“Namun sekiranya ada permintaan khas daripada  rakyat di satu -satu tempat yang mahukan PICKids, KKM akan mempertimbangkannya untuk dilaksanakan di tempat tersebut,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan pertandingan memanah tradisional terbuka Abu Thalhah Traditional Archery Club (ATTAC) di Lembah Beriah di sini hari ini.

Menurut Noor Azmi, permintaan pelaksanaan PICKids boleh dibuka semula sekiranya terdapat permintaan khas seperti kawasan pedalaman yang tiada liputan telekomunikasi atau kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak..

“Mereka ini boleh mengemukakan permintaan khas itu kepada Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing.

“Permohonan akan dipertimbangkan  mengikut kewajaran dan kepentingan rakyat di kawasan itu bagi membuka semula PICKids di tempat tersebut,” katanya.

Sebelum ini, KKM mengumumkan akan mengadakan semula PICKids secara percuma untuk tempoh lima hari bermula 20 hingga 24 Jun ini sempena Minggu Imunisasi Kebangsaan.

Semua klinik kesihatan di seluruh negara akan dibuka untuk memberikan suntikan vaksin percuma kepada kanak-kanak yang terlepas PICKids sebelum ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN