Penyatuan ummah bukan soal survival politik Pas - Utusan Malaysia

Penyatuan ummah bukan soal survival politik Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas menyeru parti politik sama ada Islam mahupun bukan Islam yang tidak ekstrem untuk menjayakan agenda penyatuan ummah bagi mengelak kesilapan sama dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin berkata, perpecahan sesama parti politik hanya menguntungkan Pakatan Harapan (PH) yang terbukti telah gagal dalam 22 bulan pemerintahan mereka.

Katanya, kegagalan itu cukup untuk menjadi bukti kenapa semua pihak tidak boleh mengulangi kesilapan dalam PRU14.

“Seruan penyatuan ini bukan pertama kali kita laungkan. Dan penyatuan ummah ini bukan hanya tentang survival politik Pas sahaja, tetapi tentang survival umat Islam yang menjadi keutamaan.

“Apabila kita mengajak kepada perpaduan umat Islam, bukan bererti kita mengajak kepada permusuhan terhadap orang bukan Islam.

“Bahkan kita amat mengalu-alukan parti politik bukan Islam dan juga kumpulan bukan Islam yang tidak ekstrem untuk bersama menjayakan usaha penyatuan ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Jelas Khairil Nizam, prinsip Pas dalam seruan penyatuan ummah adalah jelas dan parti itu juga tidak akan berhenti dalam usaha murni untuk menjayakan agenda besar tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya