Penuntut tahun akhir IPTA ditemukan maut

Penuntut tahun akhir IPTA ditemukan maut

A. ANBALAGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang penuntut tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi Awam (IPTA)  ditemukan maut di dalam bilik kolej kediamannya semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 petang itu, mayat pelajar jurusan sarjana Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi berusia 29 tahun ditemukan dalam keadaan baring terlentang di atas lantai tepi katilnya

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada pusat kawalan universiti berkenaan selepas mendapati bau busuk dalam bilik berkenaan.

Kata beliau, ketika ditemukan, mangsa berada dalam keadaan tidak memakai baju dan berseluar panjang.

Ujarnya, mangsa yang merupakan pelajar tahun akhir dan mengambil kursus Ijazah Sarjana Sastera tinggal di bilik kolej kediaman tersebut seorang diri.

“Siasatan awal di lokasi mendapati pintu bilik mangsa dalam keadaan berkunci dan tingkap tertutup rapat.

“Selain itu, pemeriksaan mendapati barangan berharga seperti komputer riba dan telefon bimbit mangsa masih berada di dalam bilik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Anbalagan berkata, mayat mangsa ditemukan kira-kira pukul 4.30 petang oleh saksi kejadian kerana lama tidak berjumpa mangsa. 

Jelas beliau, ketika itu, saksi terbau bau busuk dari bilik mangsa.

“Saksi kemudian bersama beberapa kakitangan universiti berkenaan dan pelajar membuka pintu bilik mangsa menggunakan kunci pendua.

“Apabila pintu dibuka, mangsa didapati berada dalam keadaan terbaring dan bilik berbau busuk,” jelasnya.

Tambah Anbalagan, kali terakhir mangsa ditemui oleh rakannya adalah pada dua hari lalu.

Ujar beliau, hasil siasatan di lokasi bagaimapun mendapati tiada unsur-unsur jenayah.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya