Penunggang motosikal tular bergaduh atas jalan raya ditahan - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal tular bergaduh atas jalan raya ditahan

YAHAYA HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang penunggang motosikal yang tular menerusi rakaman video ‘pergaduhan’ di Jalan Kuala Kangsar di sini Ahad lalu, ditahan semalam bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki berusia 50-an itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada pukul 3 petang.

Katanya, sebuah motosikal yang disyaki ditunggang suspek semasa kejadian itu turut dirampas sebagai barang kes untuk siasatan polis.

“Hasil semakan mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau bersabit pelbagai kesalahan termasuk narkotik.

“Suspek kini direman tiga hari bermula hari ini sehingga Jumaat depan untuk siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat. Kertas siasatan kes ini akan dilengkapkan sebelum dirujuk kepada pihak pendakwaan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, video berdurasi 29 saat itu tular dalam media sosial sejak kelmarin dengan memaparkan sebuah kereta telah memberhentikan kenderaan itu secara tiba-tiba hingga menyebabkan seorang penunggang motosikal terjatuh.

Pemandu kereta itu juga dilihat keluar dari kenderaannya dan menolak penunggang motosikal berkenaan.

Menerusi kenyataan media semalam, Yahaya berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 10.15 pagi iaitu hari sama laporan polis dibuat dimana pengadu ketika itu dalam perjalanan dari arah pekan Ipoh ke Klebang Restu.

“Kejadian itu dikatakan bermula selepas pemandu kereta membunyikan hon ke arah penunggang motosikal yang didakwa menunggang dalam keadaan berbahaya.

“Tindakan itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati lelaki terbabit sebelum dia bertindak membaling batu ke arah kereta. Ini menyebabkan pemandu kereta memberhentikan kenderaannya dan berlaku sedikit kemalangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya