Penunggang motosikal maut, 4 termasuk bayi cedera - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut, 4 termasuk bayi cedera

Proton Wira dan motosikal yang bertembung sebelum melanggar pokok sawit sehingga mengorbankan penunggang motosikal dalam kemalangan di Kampung Batu Dua, Kuala Ketil di Jalan Sungai Petani-Baling semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALING: Seorang penunggang motosikal maut manakala empat lagi termasuk seorang bayi lelaki cedera dalam nahas  di Kampung Batu Dua, Kuala Ketil di sini petang semalam.

Dalam nahas pukul 6 petang,  Mohamad Shahrul Azuan Mohamad Saad, 22, yang menunggang motosikal Honda RS150R  maut di tempat kejadian.

Motosikal pemuda  dari Kampung Charok Bemban, Kupang itu bertembung dengan kereta Proton Wira dinaiki sepasang suami isteri bersama bayi mereka.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, kereta Proton Wira dari arah Sungai Petani menghala ke Baling itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan motosikal dinaiki Shahrul bersama rakannya.

“Selepas bertembung,  kedua-dua kenderaan tersebut merempuh pokok kelapa sawit di bahu jalan sehingga menyebabkan motosikal tersebut terperosok ke dalam kereta Wira,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Shamsudin, pemandu kereta tersebut bersama isterinya cedera ringan tetapi bayi mereka berusia tiga bulan yang dipangku ibunya cedera parah. Rakan Shahrul turut  mengalami cedera parah.

Katanya, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk rawatan lanjut, manakala bedah siasat mayat mangsa dijalankan di Unit Forensik, Hospital Kulim setelah mendapat keputusan Ujian Covid-19.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya