Penternak dan petani terjejas banjir lapor segera Jabatan Pertanian 

Penternak dan petani terjejas banjir lapor segera Jabatan Pertanian 

ABDUL RAZAK Abdul Rahman (tiga dari kanan) menunjukkan buah durian yang disediakan selepas merasmikan Pesta Durian Makan Sampai Puas di Hotel MITC, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerugian dialami petani dan penternak di negeri ini akibat banjir kilat dua hari lalu mendapat perhatian kerajaan negeri yang akan memohon peruntukan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk disalurkan kepada mereka yang terjejas teruk.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, kerajaan negeri kini menunggu laporan Jabatan Pertanian untuk mengetahui jumlah terjejas dan kerugian dialami.

Katanya, walaupun tiada bantuan khusus kepada mereka yang terjejas akibat bencana alam, namun beliau akan berusaha mendapatkan peruntukan MAFI bagi meringankan beban ditanggung.

“Insya-Allah kita cuba mana yang boleh untuk bantu kerana sebelum ini pun kita ada juga memberikan bantuan sekali bayar (one-off) kepada nelayan, petani dan penternak.

“Dari segi bencana ini, kita akan buat laporan untuk dihantar kepada MAFI bagi memohon apa yang boleh dibantu, tetapi setakat ini tidak ada bantuan khusus mereka yang terlibat dengan bencana alam.

“Kita ada menerima aduan tetapi saya belum dapat laporan penuh Jabatan Pertanian, daripada segi luas kawasan terjejas dan kerugian yang dialami mereka akibat banjir kilat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Durian Berkonsepkan Buffet Makan Sampai Puas di Hotel MITC, Ayer Keroh di sini semalam.

Kejadian banjir kilat yang melanda hampir keseluruhan daerah di negeri ini Khamis lalu, menyebabkan beberapa kawasan penternakan dan pertanian khususnya sawah padi ditenggelami air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya