rempuh kereta

Pengedar dadah rempuh kereta polis

ZAIDY CHE HASSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang Inspektor dan Lans Koperal cedera terkena serpihan kaca yang pecah selepas kereta dinaiki mereka dirempuh seorang lelaki dipercayai pengedar dadah di Taman Ria Jaya di sini, semalam.

Kejadian pada pukul 3 pagi itu berlaku ketika sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Kuala Muda cuba menahan suspek yang dilihat dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Lorong Gemelan 3/2, Taman Ria Jaya di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, suspek yang memandu kereta Proton Perdana enggan berhenti dan bertindak agresif apabila terus melanggar kenderaan dinaiki sepasukan anggota polis berkenaan.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan cermin kereta pecah dan mencederakan tangan seorang pegawai dan lutut anggota Lans Koperal terbabit.

“Suspek kemudian memecut keretanya ke Kampung Haji Wahab sambil dikejar polis,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Kata Zaidy, bagaimanapun suspek meninggalkan keretanya di kampung itu dan keluar melarikan diri ke kawasan semak berhampiran.

Tambah beliau, kereta suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda dan pemeriksaan lanjut di dalam kereta itu tidak menemui sebarang bahan terlarang.

“Kita telah mengenal pasti suspek yang merupakan seorang pengedar dadah dan usaha memburunya kini giat dijalankan,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.