fbpx

Pendedahan Tajuddin sahkan siapa porak-peranda MN

AWANG Hashim

KUBANG PASU: Pendedahan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman semalam bagaikan mendedahkan  ribut dalam cawan parti tersebut yang menggugat perpaduan dalam Muafakat Nasional (MN).

 Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim berkata, parti dalam gabungan tersebut sudah lama maklum dengan masalah dalam UMNO  namun mengambil sikap berdiam diri.

 “Kenyataan Datuk Seri Tajuddin ini mengesahkan bahawa siapa yang memporak-perandakan MN. Daripada kami? Kami sudah tahu tetapi berdiam diri sebab tak mahu merosakkan perpaduan kita.

 “Sebab itu apa saja serangan ke atas Pas, kita tak jawab sangat macam itik patah kaki. Cuma sekali sekala kita bagi reaksi segera kepada serangan Pas dalam MN. Tetapi jawapan daripada  Datuk Seri Tajuddin itu adalah jawapan kepada apa yang berlaku dalam MN dari mula lagi sehingga sekarang,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Konvokesyen Ke-25 Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM), di sini hari ini.

 Tajuddin dalam sidang akhbarnya kelmarin mendedahkan tentang akuan bersumpah daripada Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri diketuai oleh Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selain gerakan menjatuhkan Presiden UMNO itu.

 Menyentuh pelawaan Pas Perak terhadap Tajuddin yang kini dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu, kata Awang, ia akan dibincang dan diputuskan di peringkat pimpinan parti.

 “Sebagai organisasi (parti) kami belum buat apa-apa keputusan. Itu (Pelawaan) hak peribadi, sapa-sapa boleh cakap dan bukan organisasi (parti) punya keputusan. 

 “Pandangan peribadi dia punya asas fakta yang tak boleh dikeluarkan dia buat tawaran, mesti ada alasan mungkin sebab berlaku di Perak dan Pas Perak yang buat tawaran,” katanya.- UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Menarik di Kosmo!