Pendapatan peniaga Medan Samudera berganda

Pendapatan peniaga Medan Samudera berganda

NOOR Syahirah Abdullah menyusun barang niaga di hadapan gerainya di Medan Samudera, Banda Hilir, Melaka. – UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Musim cuti sekolah minggu lalu menjadi lubuk rezeki kepada peniaga Medan Samudera di Banda Hilir di sini selepas pendapatan harian meningkat sehingga tiga kali ganda.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, peniaga, Noor Syahirah Abdullah, 26, berkata, pendapatan hariannya pada hujung minggu boleh mencecah antara RM2,500 hingga RM3,000 sehari.

Dia mengharapkan rakyat tempatan untuk membeli barang jualannya selepas pembukaan sempadan secara berperingkat masih belum dapat menarik kehadiran pelancong asing.

“Pendapatan saya tidaklah sebesar mana, tetapi, pada musim cuti sekolah, boleh dapat sehingga tiga kali ganda terutamanya pada Sabtu dan Ahad. Kalau bukan cuti sekolah, hari biasa nak dapat RM500 sehari pun susah.

“Peniaga harapkan minggu cuti sekolah saja untuk menjana jualan yang tinggi bagi menampung perbelanjaan seperti sewa premis dan utiliti yang terjejas sebelum ini. Sementara itu, Muhammad Amiri Baharum, 29,memberitahu, ada masanya prestasi perniagaan lebih baik sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Jelasnya, bilangan pelancong ke Melaka lebih ramai selepas hampir dua tahun rentas negeri tidak dibenarkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN