Pemuda UMNO-SPRM jalin kerjasama, budayakan politik berintergiriti dan bebas rasuah

Pemuda UMNO-SPRM jalin kerjasama, budayakan politik berintergiriti dan bebas rasuah

SEMBILAN pemimpin Pemuda UMNO melakukan kunjungan hormat ke atas Azam Baki (lima dari kiri) di Putrajaya, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi memastikan pembudayaan politik berintegriti dan bebas rasuah, Pemuda UMNO mengadakan perjumpaan dengan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya, hari ini.

Pergerakan itu dalam satu kenyataan memaklumkan, kunjungan hormat itu diadakan selama dua jam bagi membincangkan hal-hal berkaitan dan beberapa intipati lain yang turut disepakati bersama.

Katanya, antaranya adalah Pemuda UMNO menganjurkan bersama dengan SPRM mengenai siri-siri latihan dan pendidikan buat kepemimpinan Pemuda UMNO di semua peringkat.

“Ia termasuk pemimpin yang baru dipilih dalam pilihan raya dan exco-exco kerajaan negeri yang dilantik (lapan orang) dalam kalangan Pemuda.

“Program ini penting bagi memastikan pembudayaan politik berintegriti dan bebas rasuah dapat diterapkan dari awal dan kepemimpinan muda diberikan pencerahan praktis bagi mengelakkan diri daripada terjebak dengan sebarang amalan rasuah, pecah amanah dan apa jua yang melanggar prinsip agama, integriti serta moral,” katanya.

Turut serta dalam delegasi dipimpin Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki itu ialah tiga wakil rakyat baharu dalam kalangan Pemuda iaitu Fairul Nizam Roslan Along, Hairi Md. Shah dan Dr. Akmal Saleh untuk bersama-sama memperhalusi pelbagai langkah bagi membudayakan politik integriti pemimpin-pemimpin muda UMNO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN