Pemegang LMM tamat tempoh perlu perbaharui lesen sebelum moratorium tamat 30 Jun - Utusan Malaysia

Pemegang LMM tamat tempoh perlu perbaharui lesen sebelum moratorium tamat 30 Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengingatkan pemegang empat jenis Lesen Memandu Malaysia (LMM) supaya memperbaharui lesen memandu masing-masing sebelum tarikh akhir moratorium berakhir 30 Jun ini.

Empat pemegang LMM itu termasuk Lesen Belajar Memandu (LDL), Lesen Memandu Percubaan (PDL), Lesen Memandu Kompeten (CDL) dan Lesen Vokasional (PSV/GDL).

JPJ menerusi kenyataan memaklumkan, arahan pembaharuan itu membabitkan pemegang LMM yang tamat tempoh bermula 13 Januari 2021.

“Orang ramai boleh membuat pembaharuan LMM itu menerusi kaunter JPJ, Pejabat Pos Malaysia dan MyEG,” katanya.

Katanya, pemegang LMM yang gagal memperbaharui lesen masing-masing sebelum 30 Jun ini dikehendaki mengambil ujian semula untuk mendapatkan lesen berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya