Pelajar maut dirempuh pacuan empat roda

Pelajar maut dirempuh pacuan empat roda

KEADAAN motosikal yang ditunggangi mangsa selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda di Kilometer 1, Jalan Tok Kah-Jerangau, berhampiran Kampung Alur Mak Bah, Dungun, Terengganu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai, maut selepas dirempuh sebuah pacuan empat roda di Kilometer 1, Jalan Tok Kah-Jerangau, berhampiran Kampung Alur Mak Bah di sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang, Nurul Zahirah Aqrima Mohamad Yasin, 13, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan di kepala dan beberapa anggota badan lain. 

Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Baharudin Abdullah berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Kampung Alur Mak Bah ke Kampung Mahsuri Tok Kah. 

“Mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5, dipercayai keluar simpang secara tiba-tiba menyebabkan Toyota Hilux yang dipandu seorang pembantu kedai makan berusia 41 tahun dari arah Kampung Mak Bah menuju ke Bandar Dungun gagal mengelak lalu merempuh motosikal mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baharudin berkata, impak pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa yang terseret beberapa meter, meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala pemandu Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Tambahnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya