Pekerja maut jatuh bumbung, JKKP sita tapak pembinaan di Bayan Lepas - Utusan Malaysia

Pekerja maut jatuh bumbung, JKKP sita tapak pembinaan di Bayan Lepas

LOKASI kejadian seorang lelaki tempatan maut selepas terjatuh ketika menjalankan kerja-kerja pemasangan bumbung di kawasan tapak pembinaan tempat meletak bas di sebuah kilang elektronik di Bayan Lepas, Pulau Pinang kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang mengeluarkan satu notis larangan susulan kejadian kemalangan maut yang berlaku di kawasan tapak pembinaan tempat meletak bas di sebuah kilang elektronik di Bayan Lepas di sini, kelmarin.

Menurut kenyataan JKKP, lokasi kejadian juga disita serta-merta sehingga siasatan selesai dijalankan susulan insiden berkenaan.

”Sepasukan pegawai penyiasat JKKP Pulau Pinang telah ke lokasi kejadian dan menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima aduan mengenai kemalangan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam insiden kira-kira pukul 1.40 petang kelmarin, seorang pekerja kontraktor lelaki tempatan terjatuh ketika menjalankan kerja-kerja pemasangan bumbung di kawasan tapak pembinaan tempat meletak bas di sebuah kilang elektronik.

Mangsa dikatakan terjatuh dari struktur bumbung pada ketinggian kira-kira lima meter dan dihantar ke hospital berdekatan, namun disahkan meninggal dunia di hospital pagi semalam.

Tambah kenyataan itu, tindakan perundangan akan diambil sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 ke atas pihak yang bertanggungjawab. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN