PETALING JAYA: Seorang pekerja kedai makan cedera akibat melecur apabila berlaku letupan di premis tersebut di Saujana Utama 3, Sungai Buloh di sini, semalam.
Pasukan Gerakan Operasi Selangor menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.30 tengah hari dan sepasukan jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati letupan berlaku dalam sebuah kedai makan dan tidak melibatkan struktur asal bangunan.
“Kejadian dipercayai berlaku akibat kebocoran gas. Seorang pekerja kedai berusia 18 tahun melecur dalam insiden tersebut.
“Komander operasi telah mengarahkan anggota bertugas membuat pengudaran bagi pertukaran udara di ruang dalam bangunan,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN