Pegawai farmasi maut kemalangan

Pegawai farmasi Hospital Setiu maut kemalangan

KEADAAN kereta Proton Myvi yang dipandu Nurul Atiqah Awang Lah remuk selepas terlibat dalam kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan di Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Sungai Tarom, Setiu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang pegawai farmasi Hospital Setiu maut manakala dua anaknya cedera ringan dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Sungai Tarom di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 7.15 malam itu, Nurul Atiqah Awang Lah, 36, cedera parah di beberapa anggota badan manakala dua anaknya, Tengku Daim Hadi Tengku Amirul Kamal, 6, dan Tengku Zaim Zuhdi Tengku Amirul Kamal, 9, pula cedera ringan.

Wanita yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan itu meninggal dunia semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Setiu pada pukul 9 malam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, ketika kejadian, Nurul Atiqah dan dua anaknya dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kuarters Hospital Setiu dari Permaisuri, di sini.

Beliau berkata, kereta Proton Myvi dipandu wanita tersebut dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas sehingga merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna, Perodua Alza.

“Sewaktu kejadian, kenderaan Perodua Alza yang dipandu pembantu tadbir lelaki berusia 43 tahun itu sedang berada di persimpangan tiga Sungai Tarom di sini.

“Sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia 20 tahun yang berada di belakang kereta Perodua Myvi terkejut dengan kemalangan itu turut gagal mengawal kenderaannya,” katanya di sini, hari ini.

Afandi berkata, lori yang dalam perjalanan ke Sungai Tong di sini dari Rantau Panjang, Kelantan berkenaan terbabas lalu merempuh sebuah papan tanda di tepi jalan.

Bagaimanapun, katanya, pemandu Perodua Alza dan lori terlibat pula tidak mengalami kecederaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya