Pearly-Thinaah tidak gentar sorakan Istora Senayan - Utusan Malaysia

Pearly-Thinaah tidak gentar sorakan Istora Senayan

Pearly Tan-M Thinaah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M.Thinaah hampir melenyapkan sorakan penonton di Istora Senayan, ketika membuat perhitungan dengan wakil tuan rumah, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silvia Ramadhanti di separuh akhir Indonesia Masters Sabtu lalu, sebelum tumbang 23-21, 14-21,14-21.

Apatah lagi mereka menjadi satu-satunya wakil Malaysia di peringkat separuh akhir, memandangkan beberapa pemain lain bukan sahaja bergelut di dalam gelanggang, malah berdepan isu luar gelanggang membabitkan keracunan makanan sehingga menjejaskan prestasi mereka ketika hari permainan.

“Saya dan Pearly agak terkejut dengan kehadiran penonton di Istora, suasananya cukup gamat dan ia boleh menjadikan menggerunkan untuk pemain luar.

“Lebih-lebih jika perlawanan bertemu pemain Indonesia, pastinya sokongan padu diberikan penonton,” jelas Thinaah.

Pearly dan Thinaah akan memulakan kempen Terbuka Indonesia 2022 apabila dijadualkan bertemu rakan sepasukan, Anna Cheong dan Teoh Mei Xing di pusingan pertama, hari ini.

Laluan getir di pusingan seterusnya, apabila mereka dijangka akan bertemu dengan pilihan keempat kejohanan dari Jepun, Yuki Fukushima dan Sayaka Hirota.

“Saya rasa ini pelajaran yang baik, apabila dapat mara sehingga separuh akhir, selain beberapa keputusan yang kami lakar sebelum ini, tetapi kami harap dapat perbaiki kesilapan dan kembali jadi lebih baik di Terbuka Indonesia,” ujar M.Thinaah

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN