Pas kemaruk kuasa - Nur Jazlan

Pas kemaruk kuasa – Nur Jazlan

NUR JAZLAN MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Tindakan pemimpin Pas khususnya yang memegang jawatan dalam kerajaan campuran hari ini yang menolak untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan awal adalah kerana mereka sudah kemaruk kuasa.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, itu merupakan satu-satunya punca mengapa pemimpin parti berkenaan bertindak sedemikian.

Jelas beliau, perubahan pada tingkah laku pemimpin Pas dapat dilihat sejak tahun 2020 selepas mereka pertama kali dilantik sebagai menteri dalam kerajaan Persekutuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bukan sesuatu yang pelik bila sekian lama para pemimpin Pas selalu melalak tak mahu PRU15 disegerakan kerana puncanya satu saja, sebab kejar habuan duniawi.

“Biarpun geng Pak Lebai sering melaung-laungkan menegakkan perjuangan Islam tapi bila disuap dengan habuan dunia seperti wang ringgit, iman mereka pastinya goyang.

“Perjuangan asal mereka kononnya mahu menegakkan kerajaan Islam mula ke laut. Banyak matlamat mereka dibuat bagi menghalalkan cara demi memastikan jawatan, kedudukan dan pangkat dalam Kabinet terus dapat dikekalkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×