Pas Johor senada pusat, tekad jayakan Penyatuan Ummah

Pas Johor senada pusat, tekad jayakan Penyatuan Ummah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU :  Pas Johor menyambut baik pendirian parti itu di peringkat pusat yang bertegas menolak gabungan Khemah Besar, sebaliknya akan terus memperjuangkan konsep Penyatuan Ummah.

Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, usaha ke arah penyatuan ummah itu juga selari dengan Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang mahu diterapkan pihaknya.

Menurutnya, perkara tersebut penting bagi menjamin kestabilan dan kesejahteraan negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan latar belakang ini.

“Pas berdiri teguh atas prinsip perjuangan demi melihat Islam dipelihara sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Menerusi pendekatan BPMS, Pas akan terus berusaha dan menyeru ke arah penyatuan ummah yang menyeluruh.

“Pas tidak berputus asa untuk terus mengajak rakan-rakan parti Melayu Islam dan Bumiputera seperti UMNO, Bersatu, juga parti Sabah dan Sarawak,” katanya, di sini hari ini.

 Abdullah berkata, Pas juga tidak akan meminggirkan  rakan-rakan bukan Islam yang tidak ekstrem kerana penyatuan ummah yang menyeluruh adalah melibatkan semua pihak menghormati dan bertoleransi, menjunjung perlembagaan negara dan menghormati status quo.

“Pas menolak Khemah Besar kerana kita tidak lupa pengalaman berada di bawah pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan yang mewujudkan keadaan tidak stabil dalam negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya