diserang dengan kunci

Operator kilang cederakan remaja perempuan dengan kunci ditahan

GAMBAR tular remaja perempuan yang luka di kening selepas diserang menggunakan kunci kereta dalam satu pergaduhan di Pantai Merdeka, Kuala Muda di Sungai Petani, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang wanita yang bekerja sebagai operator kilang ditahan polis bagi membantu siasatan kes pergaduhan dengan seorang remaja perempuan sehingga berlaku kecederaan terhadap mangsa di Pantai Merdeka, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian kerana suspek dikatakan tidak berpuas hati dengan keluarga mangsa berkaitan perniagaan yang diusahakan mereka di situ.

Katanya, ketika kejadian mangsa dikatakan sedang membantu kakaknya berniaga permainan di sebuah gerai di tapak perkelahan kawasan rekreasi itu.

“Suspek berusia 23 tahun telah menemui mangsa sebelum berlaku pertengkaran antara mereka yang kemudiannya melibatkan pergelutan.

“Mangsa diserang menggunakan kunci kereta hingga mengakibatkan kecederaan pada kening kanan selain sengal badan kerana terjatuh selepas ditolak suspek,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Dalam kejadian itu, suasana di sekitar Pantai Merdeka gempar apabila seorang wanita bertindak ganas dalam satu pergaduhan yang tercetus kira-kira pukul 6 petang.

Bagaimanapun pergaduhan itu berjaya dileraikan oleh orang ramai, sebelum mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini untuk mendapatkan rawatan. 

Kejadian pergaduhan itu sempat dirakam orang ramai dan ditularkan di media sosial termasuk Facebook sejak semalam.

Tambah Zaidy, suspek kini direman sehingga esok bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya