Nur Jazlan perlu fokus kukuh perpaduan UMNO

Nur Jazlan perlu fokus kukuh perpaduan UMNO

JAMAL YUNOS dan NUR JAZLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed perlu memfokuskan pengukuhan perpaduan pucuk pimpinan parti dan bukannya merendahkan peranan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

  Ini kerana, pada ketika ini sebarang kenyataan untuk merendahkan peranan Perdana Menteri itu tidak sepatutnya berlaku.

  Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos berkata, Nur Jazlan perlu bersyukur kerana kerajaan yang mentadbir negara ketika ini adalah daripada Perdana Menteri UMNO. 

  “Perlu diingatkan bahawa kerajaan hari ini adalah kerajaan sementara yang diambil alih daripada kegagalan kerajaan 22 bulan Pakatan Harapan (PH)

  “Datuk Seri Ismail Sabri kini sedang memikul beban kegagalan berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

  Tambah Jamal, semua pihak diminta tidak sengaja memburukkan lagi keadaan biarpun tidak mahu bersimpati.

  Kelmarin, Nur Jazlan dilaporkan melabel Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri daripada UMNO paling lemah dalam sejarah negara kerana didakwa tidak boleh membuat keputusan atau menegaskan kuasanya.

  Ia berikutan pengganti Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin belum diputuskan sehingga kini.

  Sebelum ini, Zuraida bertindak keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), namun masih berada dalam barisan Kabinet. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya