Nilai jualan bazar Ramadan, Aidilfitri cecah RM2.4 bilion - Utusan Malaysia

Nilai jualan bazar Ramadan, Aidilfitri cecah RM2.4 bilion

MOHD. UZIR MAHIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Nilai keseluruhan jualan bagi peniaga di bazar Ramadan dan Aidilfitri di seluruh negara mencecah RM2.4 bilion pada tahun ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, berdasarkan Laporan Kajian Khas Bazar Ramadan dan Aidilfitri 2022, Selangor menjana nilai jualan tertinggi iaitu RM0.6 bilion diikuti Kuala Lumpur (RM0.4 bilion) dan Johor (RM0.3 bilion).

Menurutnya, ketiga-tiga negeri ini menyumbang 55.5 peratus kepada nilai jualan keseluruhan bagi kedua-dua bazar berkenaan.

“Bagi peringkat daerah pula, Petaling mencatatkan nilai jualan tertinggi dengan RM230.2 juta diikuti Johor Bahru (RM126.3 juta) dan Hulu Langat  (RM117.9 juta),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Siri Jelajah Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) peringkat Terengganu di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohd. Uzir memberitahu, Selangor mencatatkan jualan tertinggi di bazar Ramadan iaitu RM527.4 dan diikuti Kuala Lumpur (RM359.2 juta) serta Johor (RM257.4 juta).

“Bagi bazar Aidilfitri pula, Selangor juga mencatatkan jumlah nilai jualan tertinggi sebanyak RM115.8 juta diikuti Melaka (RM66.7 juta) dan Johor (RM44.4 juta),” jelasnya.

Selain itu beliau memberitahu, sebanyak 156,361 orang mendapat peluang pekerjaan di kedua-dua bazar tersebut.

“Pekerja bazar Ramadan juga paling ramai di Selangor dengan 27,078 orang, diikuti Johor (20,326 orang) dan Perak (11,126 orang).

“Seramai 4,485 orang bekerja di bazar Aidilfitri di Selangor diikuti Melaka dengan (4,215 orang) dan Terengganu (2,442 orang),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN