Nelayan terjatuh bot ditemukan mati lemas

Nelayan terjatuh bot ditemukan mati lemas

MANGSA lemas jatuh dari bot dibawa naik selepas ditemukan di jeti sebuah kilang pemprosesan ikan di Kampung Acheh, Sitiawan semalam. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh dari bot ketika melakukan kerja pemunggahan ikan di jeti sebuah kilang pemprosesan ikan di Kampung Acheh, Sitiawan, ditemukan mati lemas petang semalam.

Ahmad Sukri Salleh, 35, ditemukan pada kedalaman 4.5 meter di lokasi sama dia dilaporkan terjatuh, oleh orang ramai yang membantu mencari dan menyelamatkan mangsa.

Difahamkan, Ahmad Shukri bersama beberapa rakan dari Pulau Pangkor pergi ke Kampung Acheh untuk menghantar ikan ke kilang tersebut.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Khairul Azizi Kamarudin, berkata pasukan itu menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.57 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian.

“Kami difahamkan ketika kejadian mangsa bersama beberapa rakan sedang memunggah kotak ikan dari bot untuk diletakkan di atas jeti. 

“Mangsa dikatakan berada di atas bot manakala rakannya di atas jeti menerima kotak ikan tersebut dan mengalihkan ke tempat lain, apabila tiba-tiba mendapati mangsa sudah tiada di atas bot,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, rakannya memberitahu ketika kejadian enjin bot sedang berfungsi dan kemungkinan bunyi bising daripada enjin tersebut menyebabkan mereka tidak menyedari mangsa telah terjatuh ke dalam laut.

Beliau menjelaskan rakan mangsa cuba mencarinya namun tidak berjaya sebelum menghubungi pasukan bomba untuk mendapatkan bantuan lanjut. 

Khairul Azizi memaklumkan mangsa yang disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 5.55 petang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi mengesahkan kejadian itu dan penemuan mayat mangsa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya