Naik bot, tunggang motosikal 22 km untuk petrol percuma

Naik bot, tunggang motosikal 22 km untuk petrol percuma

ABAM Paeh (dua dari kanan) membantu mengisi petrol penunggang motosikal di sebuah stesen minyak di Taman Guchil Jaya, Kuala Krai, Kelantan.-UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KRAI : Seorang penoreh getah sanggup menaiki bot selama 45 minit sebelum menunggang motosikal sejauh 22 kilometer semata-mata untuk mengisi petrol percuma dalam di sebuah stesen minyak di Taman Guchil Jaya di sini hari ini.

Che Ibrahim Che Wan, 53, dari Kampung Mambong di sini menaiki botnya seawal pukul pukul 8 pagi tadi untuk menjadi antara salah seorang daripada 1,000 peserta dalam program tersebut.

Che Ibrahim berkata, dia mengetahui mengenai majlis tersebut selepas dimaklumkan oleh penduduk kampung yang melihat hebahan program menerusi media sosial sejak empat hari lalu.

Menurutnya, sejurus mengetahui perkara tersebut dia terus membawa motosikal jenis Honda C70 miliknya menaiki bot dengan berbekalkan dua botol kosong masing-masing berkapasiti 1.5 liter untuk mengisi petrol yang dibekalkan oleh pihak penganjur

“Ini merupakan peluang buat saya untuk meringankan bebanan kewangan. 

“Hal ini kerana, saya perlu membeli petrol berharga RM10 setiap hari untuk diisi ke dalam bot dan motosikal sebelum keluar menoreh getah,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Minyak Motosikal Percuma Anjuran Abam Peah Holding Sdn. Bhd. (Abam Peah) yang merupakan syarikat kosmetik di sini hari ini.

Program tersebut turut mendapat kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai dan ia terhad kepada 1,000 buah motosikal terawal sahaja.

Che Ibrahim memberitahu, ini kali pertama dia menerima petrol percuma.

Katanya, dia  berharap program seperti patut diteruskan kerana ramai dalam kalangan penduduk di sini yang terkesan akibat Covid -19.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN