Mohd. Shafie, berhentilah jadi hipokrit - DAP Sabah - Utusan Malaysia

Mohd. Shafie, berhentilah jadi hipokrit – DAP Sabah

PHOONG JIN ZHE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Setiausaha DAP Sabah, Phoong Jin Zhe mengingatkan Presiden Parti Warisan (Warisan) agar tidak hipokrit dalam mengeluarkan kenyataan berhubung kerjasama dengan DAP.

Beliau berkata, jika dilihat Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menolak idea membentuk khemah besar dan menyatakan tiada lagi PH Plus di Sabah.

“Malah, kami sudah berulang kali menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Warisan bagi memenuhi aspirasi rakyat. Itu sebabnya, apabila Mohd. Shafie menyatakan tawaran DAP bekerjasama sebagai aliran trafik sehala maka, dia yang menolak peluang membentuk kerjasama.

“Sebarang kerjasama perlu mempunyai hala tuju, prinsip dan nilai perjuangan yang sama. Kami sentiasa memberi sokongan kepada kepimpinan Warisan semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) 2020 dan sehingga sekarang.

“Kami tidak pernah cuba mendapatkan semula kerusi yang dimenangi Warisan pada 2018 dan 2020 namun, Warisan bertanding di kerusi yang disandang oleh DAP semasa PRN Johor.

“Ahli Majlis Tertinggi Warisan juga telah mengumumkan secara terbuka bahawa mereka akan bertanding tiga kerusi di Sandakan. Persoalannya sekarang siapa yang bersikap angkuh,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Jin Zhe mahu Warisan berhenti menjadikan DAP atau Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) atau Pakatan Harapan (PH) sebagai kambing hitam kerana kegagalan mereka memperoleh majoriti bagi membentuk kerajaan.

Menurut beliau, Warisan secara jelas menyatakan tidak berhasrat membentuk gabungan bagi khemah besar pada dua hari lalu tapi, pada masa sama, mereka mahu bekerjasama dengan Parti Bersatu Sabah (PBS).

“Apa yang lebih kelihatan lebih hipokrit adalah apabila mereka mahu bekerjasama dengan parti yang berada dalam kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang mereka serang setiap hari,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang itu berkata, Mohd. Shafie turut mendesak Kerajaan Persekutuan segerakan Rang Undang-Undang (RUU) Anti Lompat Parti.

“Jika Mohd. Shafie terluka dengan tindakan bekas ADUN mereka keluar parti jadi, mengapa mereka harus menerima katak politik daripada DAP seperti Calvin Chong, Justin Wong dan Bryan Lai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya