Mohd. Rafizi umum gerak kerja minggu depan

PRU15: Mohd. Rafizi umum gerak kerja minggu depan

PKR
RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mohd. Rafizi Ramli dijangka mengumumkan gerak kerja minggu depan, sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)

Menurut calon Timbalan Presiden PKR itu, perkara itu bagi membolehkan parti itu tetap mendekati rakyat melalui kempen bertemakan ‘Ayuh Malaysia’ susulan penangguhan keputusan Pemilihan PKR 2022. 

“Walaupun keputusan pemilihan PKR ditangguhkan hingga sebulan lagi, saya akan mula mengumumkan gerak kerja PRU15 minggu depan.

“Oleh kerana hal dalam PKR masih belum selesai, kita akan berkempen mendekati rakyat melalui @ayuh_malaysia. Mohon seberapa ramai ikuti,” katanya dalam satu hantaran di Twitter, malam tadi. 

Keputusan tidak rasmi menyaksikan bekas Ahli Parlimen Pandan itu menang jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu kali ini mengatasi pencabarnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail selepas memperoleh kutipan undi tertinggi di kebanyakan cabang di negeri-negeri. 

Mohd. Rafizi melancarkan kempen ‘Ayuh Malaysia’ bagi menarik sokongan pengundi atas pagar ke arah menghadapi PRU15. 

Bekas Naib Presiden PKR itu berkata, keputusan melancarkan kempen itu diambil selepas mengambil kira keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan pandangan pelbagai pihak di dalam PKR. 

Katanya, majlis pelancaran Ayuh Malaysia juga akan memperkenalkan aplikasi CISTA yang dibangunkan bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia menjadi sukarelawan untuk berkhidmat membawa mesej perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya