Mohamaddin gelojoh keluar Bersatu

Mohamaddin gelojoh keluar Bersatu

MOHD. Yadzil Yaakub bercakap kepada pemberita dalam sidang akhbar Bersatu Melaka di Jasin, Melaka. - FOTO/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN: Tindakan Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi yang mengumumkan keluar daripada Parti Pribumi Bersatu Melaysia (Bersatu) dianggap gelojoh kerana mengejar kedudukan dalam parti.

Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, semua ahli harus bermula dari awal serta bersabar untuk mencapai kedudukan yang lebih baik.

Jelas beliau, ia memandangkan ramai lagi individu dalam Bersatu belum diberi tempat tetapi mereka tetap kekal dengan prinsip perjuangan parti.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya sebenarnya Bersatu pun baharu dan saya sendiri masih baharu dalam parti. Kita mulakan daripada awal  dan suatu hari nanti akan sampai masanya untuk ditempatkan di kedudukan yang lebih baik dari sekarang.

“Kalau dari peringkat awal sudah  memikirkan jawatan atau kedudukan dalam Bersatu, mungkin saya boleh cakap gelojoh,” katanya dalam sidang akhbar parti itu di Bemban, di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamaddin mengumumkan keluar Bersatu kerana tidak diberi peranan seperti dijanjikan untuk memperkukuhkan parti berkenaan sebelum ini.

Dakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Segama itu, beliau telah dijanjikan peranan untuk memimpin parti di Parlimen Lahad Datu dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Segama, namun selepas lebih enam bulan, ia tidak seperti dijanjikan.

Dalam pada itu, berhubung kesediaan Parti Warisan (Warisan) untuk bekerjasama dengan pihak yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) kelak, Mohd. Yadzil menyifatkan Warisan sebagai kelompok tidak berprinsip.

Beliau yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka berkata, kenyataan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal jelas menunjukkan parti yang berpusat di Sabah itu sanggup menjual diri kepada sesiapa sahaja, asalkan diberi ruang dan peluang untuk memegang jawatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×