Minta jasa baik agar tak kongsi gambar arwah yang tak menutup aurat - PU Haris - Utusan Malaysia

Minta jasa baik agar tak kongsi gambar arwah yang tak menutup aurat – PU Haris

PU Haris memohon orang ramai tidak berkongsi gambar Allahyarham Adibah Noor yang tidak menutup aurat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail, memohon orang ramai agar tidak berkongsi atau memuat naik gambar penyanyi terkenal, Allahyarham Adibah Noor yang tidak menutup aurat.

Perkara tersebut dikongsikan suami kepada pelakon dan pengacara terkenal, Neelofa itu menerusi sebuah coretan di Instastory miliknya.

Haris yang lebih disapa sebagai PU Riz turut menitipkan pesanan agar peminat cukup sekadar sedekah al-Fatihah buat arwah dan tidak sebarkan perkara yang tidak perlu.

“Saya mohon kepada semua yang mengenali arwah, minta jasa baik agar tidak kongsikan gambar arwah yang tidak menutup aurat.

“Cukup sekadar sedekah al-Fatihah. Jangan kita sebarkan perkara yang tidak perlu.

“Pesanan ini khas buat diri saya yang sering terlupa. Sekian salam,” katanya.

Semalam, penyanyi lagu popular Terlalu Istimewa itu disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Permai pada pagi tadi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN