Mekanik rugi RM35,000 bengkel terbakar

Mekanik rugi RM35,000 bengkel terbakar

ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran sebuah bengkel motosikal di Melor, Kota Bharu, Kelantan. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang mekanik kerugian RM35,000 selepas bengkel motosikalnya terbakar dalam kebakaran di Melor di sini, hari ini.

Kejadian pukul 3.50 pagi itu disedari mangsa, Mahadi Zulkifli, 51, selepas dikejutkan dengan bunyi letupan dari bengkel yang terletak sebelah rumahnya.

Katanya, dia turut terhidu bau hangit dari arah bengkel yang menempatkan empat buah motosikal miliknya dan anak saudara untuk dibaiki.

“Melihat situasi itu, saya terus menghubungi bomba. Dalam keadaan kelam kabut, saya tidak sempat menyelamatkan motosikal jenis Yamaha 155, Yamaha Y15, Yamaha Ego dan Modenas Kriss. Saya mengesyaki ada perbuatan khianat dan meminta polis menjalankan siasatan selain mengambil tindakan segera terhadap orang yang bertanggungjawab melakukan perbuatan khianat ini,”  katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ketereh, Mohd. Roslan Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu kira-kira pukul 3.54 pagi.

Katanya, seramai enam orang anggota dengan sebuah jentera terus ke lokasi kejadian.

“Kita masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca kebakaran,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN