MEASAT-3d: Satu kejayaan untuk Malaysia - Utusan Malaysia

MEASAT-3d: Satu kejayaan untuk Malaysia

ISMAIL Sabri Yaakob ketika menyaksikan pelancaran MEASAT-3d di WTCKL. - PEJABAT PERDANA MENTERI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelancaran satelit kelapan negara, MEASAT-3d ke orbit dari Pusat Angkasa Lepas Eropah, Kourou, French Guiana, pagi tadi (waktu Malaysia) menjadi kejayaan amat signifikan untuk Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Tan Sri Annuar Musa berkata, dengan pelancaran satelit seberat 5,600 kilogram itu memungkinkan negara ini mencapai kadar liputan 100 peratus bagi semua kawasan berpenduduk sebelum 2025.

“Ini juga dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan jalur lebar di kawasan pedalaman kepada kadar berkelajuan tinggi seperti rangkaian gentian optik di kawasan bandar.

“Perkembangan ini juga sangat penting dalam usaha menjaya Pelan Digital Negara (MyDigital) dan seterusnya melengkapkan pelaksanaan program di bawah Pelan Jalinan Digital Negara (Jendela).

“Di bawah program ini, kita mempunyai jangkaan boleh mencapai kadar 97 peratus yang menghubungkan kawasan berpenduduk menggunakan kaedah jaringan gentian optik, namun baki tiga peratus lagi adalah kawasan pedalaman tidak ekonomi dan hanya boleh dihubungkan menggunakan satelit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Awal pagi tadi, MEASAT-3d dilancarkan tepat pukul 6.50 petang waktu tempatan (pukul 5.50 pagi waktu Malaysia).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyaksikan pelancaran itu secara langsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini melalui skrin gergasi.

Satelit MEASAT-3d dibawa ke orbit menggunakan roket Ariane-5 ECA dan melibatkan anggaran kos RM1.2 bilion dengan jangka hayat 18 tahun.

MEASAT-3d berkeupayaan memberikan perkhidmatan jalur lebar di kawasan pedalaman antara 35mgbps atau menyamai kadar purata perkhidmatan 45 dan 5G menggunakan talian tetap sehingga 100mgbs. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN