MCA Negeri Sembilan belum buat keputusan lantikan penyelaras DUN, calon PRU15

MCA Negeri Sembilan belum buat keputusan lantikan penyelaras DUN, calon PRU15

SIOW KOI VOON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: MCA Negeri Sembilan belum membuat keputusan rasmi berhubung individu dilantik sebagai penyelaras bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bakal ditandingi parti itu pada pilihan raya umum (PRU) akan datang. 

Pengerusinya, Siow Koi Voon berkata, pihaknya menyifatkan berita bahawa parti itu telah membuat lantikan berkenaan sebagai khabar angin.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, hanya seorang individu dilantik sebagai penyelaras bagi DUN Chennah iaitu John Siow Kong Choon yang juga Ketua Pemuda MCA Bahagian Jelebu.

 “Penyelaras lain-lain DUN yang ditandingi MCA belum diumumkan. Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong akan membuat pengumuman itu pada masa yang sesuai,” katanya hari ini.

Secara lazimnya penyelaras DUN adalah individu yang diletak dan diketengahkan sebagai calon dalam pilihan raya kelak.

Pada PRU-14, MCA meletakkan dua calon bertanding kerusi Parlimen dan 10 calon bagi DUN. Bagaimanapun, parti itu tewas di semua kerusi berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya