BUTTERWORTH: Mayat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang lemas di Jeti Nelayan Bagan Ajam dekat Pantai Bersih, di sini petang semalam dijumpai kira-kira pukul 9.15 pagi ini.
Difahamkan, mangsa, Muhammad Mikhaeil Muqmin Abdullah dijumpai tersangkut di tali pukat tidak jauh dari kawasan pesisiran Pantai Bersih di sini.
Pegawai Kanan Bomba II, Unit Penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Butterworth, Muhammad Isharudin Ismail berkata, mayat kemudian dibawa ke hospital untuk tujuan forensik.
Dalam kejadian petang semalam, mangsa dikatakan hilang selepas dipercayai mandi-manda bersama tiga rakannya di kawasan tersebut. – UTUSAN










