Malaysia kukuhkan hubungan pertahanan dengan Singapura

Malaysia kukuhkan hubungan pertahanan dengan Singapura, negara-negara bersekutu

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Singapura memperhalusi usaha ke arah mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan terutama antara angkatan tentera kedua-dua negara serta negara-negara bersekutu.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha itu dibuat menerusi lawatan kerja selama tiga hari di Singapura bermula 10 hingga 12 Jun 2022.

Katanya, lawatan kerja itu membolehkan beliau bertemu dengan pemimpin kerajaan Singapura dan pemimpin tertinggi dalam sektor pertahanan dari Amerika Syarikat (AS), China dan Australia.

“Pertemuan bersama pemimpin-pemimpin tersebut berlangsung dalam suasana yang cukup mesra dan harmoni serta benar-benar menyerlahkan hubungan akrab dan istimewa antara Malaysia-Singapura yang telah terjalin selama puluhan tahun.

“Tidak sekadar itu, saya turut mengadakan mesyuarat dua hala bersama rakan sejawat, Dr. Ng Eng Hen. Ia telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh kedua-dua pemimpin untuk memperhalusi usaha ke arah mengukuhkan lagi kerjasama pertahanan antara Malaysia–Singapura terutama antara angkatan tentera kedua-dua negara,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, katanya, mereka turut berbincang mengenai beberapa isu keselamatan serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

“Saya juga berkesempatan bertemu secara bersemuka dengan beberapa pemimpin negara-negara sekutu dari seluruh dunia. Ia sekali gus membuka ruang untuk kami bertukar-tukar pandangan dalam banyak isu keselamatan global serta berkongsi komitmen untuk membawa diplomasi pertahanan antara negara masing-masing ke tahap lebih tinggi.

“Secara keseluruhannya, lawatan kerja saya di Singapura yang telah berakhir berjalan lancar serta amat berjaya dalam konteks mengukuhkan lagi hubungan pertahanan dengan Singapura dan negara-negara sekutu,” katanya.

Dalam lawatan kerja itu, Hishammuddin turut menyampaikan ucapan bagi pihak Malaysia bertajuk “Membangunkan Kerjasama Keselamatan Baharu” dalam program Shangri-La Dialogue anjuran The International Institute for Strategic Studies (IISS).

Beliau juga mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin tertinggi Singapura antaranya, Presiden Singapura, Halimah Yacob; Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong; Menteri Kanan dan Menteri Koordinasi Keselamatan Kebangsaan Singapura, Teo Chee Hean dan Menteri Dalam Negeri dan Undang-Undang Singapura, K. Shanmugam.

Selain itu, Hishammuddin turut bertemu dengan pemimpin tertinggi dari negara-negara bersekutu iaitu Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd James Austin III; Komander Indo-Pasifik AS, Laksamana John C. Aquilino; Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pertahanan Australia, Richard Marles dan Menteri Keselamatan Kebangsaan China, Jeneral Wei Fenghe. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.