tentera darat

LKT 2022 uji keupayaan helikopter MD530G

HISHAMMUDDIN Tun Hussein (depan) semasa hadir program Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN:  Helikopter tempur MD530G yang diterima oleh Tentera Darat Malaysia baru-baru ini dipertontonkan keupayaannya buat pertama kali dalam Latihan Kuasa Tembakan (LKT) 2022 di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, di sini hari ini.

Helikopter buatan Amerika Syarikat yang dilengkapi sistem persenjataan seperti pelancar roket 70 milimeter (mm) dan gatling gun 7.62mm serta mesingan berat 12.7 mm itu merupakan antara yang mencuri perhatian penonton termasuk Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Hishamuddin dalam sidang akhbar menganggap kehadiran MD530G telah menepis segala isu yang dihadapi sejak dari awal proses perolehan pesawat tempur ringan tersebut.

“Saya bangga melihat helikopter MD530 kita yang sebelum ini orang kata tiada, hari ini bukan sahaja sudah ada tetapi sudah boleh terbang dan diatur gerak untuk Tentera Darat.

“Isu mengenainya telah dapat diselesaikan dan ia juga telah diterima oleh end user yang sangat memerlukannya iaitu Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD).

 

“Hasilnya, hari ini kita semua dapat saksikan helikopter MD530G telah pun mula dimanfaatkan dan dapat diuji keupayaannya dalam LKT tahun ini, ” kata beliau.

Yang hadir sama, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang dan Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd. Zain.

Ditanya sama ada kerajaan akan membeli tambahan helikopter tersebut daripada enam yang sedia ada ketika ini, Hishammuddin memberitahu, ia bergantung kepada kewangan negara.

“Kita akan lihat juga, apa ancaman yang kita hadapi, kalau ancaman adalah di Lahad Datu, berdepan dengan penculik-penculik, tidak perlu dengan attack helicopter seperti Apache dan Tiger.

“MD530G sudah pun mencukupi asal dilengkapkan dengan senjata yang sesuai, Ia kini bukan sahaja boleh terbang tetapi dilengkapkan dengan senjata untuk berdepan dengan ancaman-ancaman tertentu,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya