PUTRAJAYA: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) bertindak segera membeli ikan terus daripada nelayan untuk dijadikan stok penimbal dalam usaha membantu menstabilkan harga dan mengimbangi bekalan bagi menjamin sekuriti makanan negara. Untuk tujuan itu, sejumlah RM7 juta diperuntukkan sebagai modal pusingan pembelian ikan tempatan sebanyak 1,000 matrik tan sebagai stok penimbal yang akan ditempatkan di 130 bilik sejuk beku di seluruh negara yang mampu memuatkan 1,500 matrik tan. Dalam masa sama, berkuat…










