Lima termasuk pegawai penguat kuasa direman rasuah ujian memandu

Lima termasuk pegawai penguat kuasa direman rasuah ujian memandu

Lima individu termasuk pegawai penguat kuasa agensi kerajaan direman di Mahkamah Khas Reman Seremban kerana hari ini kerana disyaki terlibat dengan rasuah meluluskan ujian memandu GDL menerusi institusi memandu di sekitar Negeri Sembilan. – UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Lima individu termasuk pegawai penguat kuasa agensi kerajaan direman di Mahkamah Khas Reman Seremban di sini semalam kerana disyaki terlibat dengan rasuah bagi meluluskan ujian memandu kelas kenderaan perdagangan (GDL) menerusi institusi memandu di sekitar Negeri Sembilan.

Lima individu itu merupakan antara enam orang yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam bagi membantu siasatan kes tersebut.

Selain dua pegawai penguat kuasa tersebut, empat suspek lain merupakan tenaga pengajar dan pekerja di sebuah institusi memandu.

Perintah reman terhadap lima individu itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Khairunnisa Kasa selepas membenarkan permohonan reman oleh pihak SPRM bermula hari ini.

Empat daripada mereka direman selama lima hari, seorang direman tiga hari manakala seorang lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM disebabkan faktor kesihatan.

Menurut sumber, kesemua suspek berusia antara 35 hingga 65 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 5 hingga 6 petang di Pejabat SPRM Negeri Sembilan di sini semalam.

Sumber berkata, mereka disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah antara RM300 hingga RM650 daripada pemohon bagi meluluskan setiap ujian lesen memandu kelas GDL melalui tenaga pengajar institut memandu di sekitar Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg. Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya