Lembah Klang catat 1,568 kes positif Covid-19 

Lembah Klang catat 1,568 kes positif Covid-19 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia semalam kembali merekodkan peningkatan jangkitan positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,092 kes berbanding kelmarin, 1,570 kes sekali gus mengatasi 1,876 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi iaitu 1,251 kes diikuti Kuala Lumpur (262 kes), Pulau Pinang (105 kes), Perak (74 kes), Sabah (72 kes), Johor (68 kes), dan Putrajaya (55 kes). 

Diikuti Kedah sebanyak 50 kes, Melaka (46 kes),  Sarawak (25 kes), Kelantan (25 kes), Negeri Sembilan (24 kes), Terengganu (19 kes), Pahang (12 kes),   Perlis (yiga kes ) dan Labuan satu kes.  

Pesakit Covid-19 yang masih diwadkan meningkat kepada 411 orang berbanding kelmarin, seramai 365 orang. Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 24 kes, berbanding jumlah semalam 26 kes. 

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 12 kes berbanding jumlah kelmarin, 15 kes. Bagi kluster Covid-19 pula, satu kluster baharu direkodkan manakala sebanyak empat kluster yang masih aktif sekali gus menjadikan 7,015 keseluruhan kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, empat kes dilaporkan menjadikan dan jumlah terkini sebanyak 35,716 kes. Selain itu, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,574 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN