Lelaki maut dilanggar lori rosak brek

Lelaki maut dilanggar lori rosak brek

SEORANG penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Jalan Kuari Batang Benar (Kuari Bertam), Nilai, Seremban, Negeri Sembilan, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dilanggar sebuah lori yang mengalami kerosakan brek dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Jalan Kuari Batang Benar (Kuari Bertam), Nilai, dekat sini, hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Nilai, Deputi Superintenden Mat Ghani Lateh berkata, kejadian kira-kira pukul 1 petang itu melibatkan tiga buah lori dan sebuah motosikal. 

“Kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 27 tahun dari Kuari Bertam menuju ke jalan besar Batang Benar.

“Sampai di tempat kejadian, lori berkenaan mengalami kerosakanbrek lalu melanggar sebuah motosikal yang sedang masuk kel aluan dari bahu kiri jalan dan turut melanggar dua buah lori di bahu kiri jalan. 

“Kemalangan mengakibatkan penunggang motosikal yang berusia 46 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan memohon orang ramai yang menyaksikan kejadian supaya menghubungi pegawai penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai, Inspektor Siti Syarah di talian 014-5144741 bagi membantu siasatan. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya