wajibkan caruman

‘KWSP penggiat seni: Kenapa ambil mudah?’

ERMA FATIMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima, menyeru kepada pihak bertanggungjawab terutama kerajaan agar menyegerakan pelaksa­naan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menjaga kebajikan golongan artis dan penggiat seni tanah air.

Erma menegaskan, selagi pihak bertanggungjawab tidak memandang industri seni sebagai salah satu punca yang dapat menjana ekonomi negara, selagi itulah nasib penggiat seni ‘terbiar’.

“Bagi isu ini, saya pun tidak tahu hendak menyalahkan siapa. Masalah ini sudah lama kita utarakan dan tiada tindakan daripada pihak kerajaan terutamanya. Sepatutnya pihak kerajaan perlu ambil kira juga tentang isu ini.

“Jika pekerja-pekerja yang bekerja di kerajaan dan swasta, mereka sudah diwajibkan mempunyai KWSP ini. Namun, kenapa bila bab orang seni perkara ini sebagai sesuatu yang penting untuk dikuatkuasakan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Erma turut menyifatkan selagi tiada seorang wakil industri seni yang boleh menyuarakan permasalahan dan hak penggiat seni dalam dewan parlimen negara, nasib mereka bagaikan tidak terbela.

“Kita tak habis-habis nak menyalahkan Finas dan persa­tuan, tetapi perkara ini kita berbalik semula kepada kerajaan. Ini kerana, yang melaksanakan undang-undang dan KWSP ini adalah kerajaan.

“Selagi tiada individu yang dapat menjadi wakil industri seni ini masuk ke dalam parlimen, selagi itulah nasib orang seni jadi begini.

“Kerana hanya orang seni yang memahami. Tidak boleh letak orang korporat mahupun orang politik untuk bercakap mengenai seni. Hanya orang seni yang faham,” ujarnya.

Pengarah hebat itu terus menegaskan agar pihak kerajaan menyegerakan pelaksanan caruman tersebut, bukan ha­nya sekadar ‘mengaum’ di surat khabar. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN