Kuskop belanja RM1.54 juta bantu koperasi

RM1.54 juta bantu koperasi

NOH Omar (dua dari kanan) menandatangani buku profil koperasi terbaik 2022 pada Makan Malam Sempena 100 Tahun Gerakan Koperasi di Shah Alam, Selangor. - UTUSAN/ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 34 koperasi diberi peruntukan berjumlah RM1.54 juta menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi sehingga 1 Jun lalu bagi melaksanakan pelbagai bantuan pengukuhan ekonomi ahlinya.

Berbanding tahun lepas, sebanyak 40 koperasi menerima peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.8 juta.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar berkata, bantuan melibatkan sembilan jenis antaranya Bantuan Pembangunan SKM, Program Pengukuhan Koperasi (PPK), Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi (Scope), Program Sektor Peneraju Ekonomi Koperasi (PROSPEK) dan Program Transformasi Ekonomi Gerakan Koperasi (Transfer).

Beliau berkata, Selangor antara penerima terbanyak kerana berdasarkan pendaftaran koperasi sehingga 31 Mei lalu, terdapat 1,868 koperasi berdaftar di negeri itu termasuk 90 yang baru ditubuhkan.

“Daripada jumlah itu, 11 koperasi tersenarai  dalam profil 100 koperasi terbaik di Malaysia, berbanding pada tahun 2019, hanya lapan koperasi,” katanya ditemui selepas Majlis Makan Malam Sempena 100 tahun Gerakan Koperasi, malam tadi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya