KTSA cungkil bakat baharu bola sepak

KTSA cungkil bakat baharu bola sepak

PELATIH KTSA bergambar bersama barisan kejurulatihan akademi itu semasa sesi latihan di Padang Awam Wakaf Dua, Bukit Payung, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERMATLAMAT menyediakan pelapis berpotensi besar menerusi pembangunan bola sepak akar umbi, Kronos Tranung Soccer Akademi (KTSA) menjadi pemangkin kepada usaha mencari dan mencungkil bakat baharu dalam sukan nombor satu berkenaan.

KTSA yang dikendalikan jurulatih diiktiraf Persatuan Bola­sepak Malaysia (FAM) dan berpengalaman, melatih kanak-kanak seawal usia enam tahun untuk menjadi pemain bola sepak profesional.

Para pelatih diajar teknik bermain bola sepak dan diberi pendedahan program latihan bersistematik sepanjang berada di bawah akademi itu yang berpusat di Padang Awam Wakaf Dua, Bukit Payung, Terengganu.

Pengambilan pelatih baharu sesi 2022 masih terbuka khususnya bagi usia sembilan tahun ke atas dan sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Coach Hairy (019-7027381) serta Coach Yusri (014-3223777). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.