KSN umum pelantikan KSU baharu Wisma Putra

KSN umum pelantikan KSU baharu Wisma Putra

MOHD. Zuki Ali (kiri) menyampaikan watikah pelantikan kepada Amran Mohamed Zin sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar di Putrajaya hari ini. - IHSAN WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali mengumumkan pelantikan Datuk Amran Mohamed Zin sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri yang baharu.

Menurut kenyataan di sini hari ini, pelantikan tersebut bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob yang telah pun tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 31 Mei lalu.

“Pelantikan berkenaan berkuat kuasa pada 9 Jun 2022 dengan beliau sebelum itu merupakan Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Dua Hala) di Kementerian Luar Negeri,” katanya.

Amran, 55, ujar beliau, dilantik berdasarkan kelayakan dan pengalaman luas dalam bidang hubungan antarabangsa serta hal ehwal luar negeri menerusi karier perkhidmatan awamnya.

Beliau yang berkhidmat selama lebih 27 tahun, sebelum ini pernah bertugas sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di pejabatnya di Geneva, Switzerland.

Kemudian, beliau dilantik pula sebagai Duta Besar Malaysia ke Turkiye dari 2014 sehingga 2016 sebelum kembali ke Wisma Putra untuk memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha.

“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimilikinya, beliau mampu merealisasikan misi kementerian dalam penggubalan dasar luar negeri,” jelas Mohd. Zuki.

Malahan, beliau berkeyakinan penyandang baharu tersebut mampu dalam pelaksanaan polisi luar serta memajukan dan melindungi kepentingan Malaysia melalui diplomasi yang dinamik.

Kerajaan tambahnya, turut merakamkan penghargaan kepada Muhammad Shahrul Ikram atas sumbangan dan khidmat bakti kepada negara sepanjang tempoh perkhidmatannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya