KPDNHEP jumpa pemain industri ayam, bincang harga siling baharu

KPDNHEP jumpa pemain industri ayam, bincang harga siling baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini mengadakan sesi libat urus bersama penggiat industri rantaian bekalan ayam bagi menentukan harga siling bekalan itu yang baharu. 

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sesi libat urus yang diadakan itu adalah pasca pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai keputusan kerajaan untuk meneruskan penetapan siling harga ayam di pasaran.

“Pertemuan dengan penggiat industri sebagai pemegang taruh dalam rantaian bekalan ayam di pasaran adalah antara lain bagi menentukan paras harga siling seterusnya, memandangkan penetapan sebelum ini dijadual berakhir pada 30 Jun 2022,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

ALEXANDER NANTA LINGGI

Jelas Alexander, sesi yang sedang berlangsung itu mengambil kira segenap pandangan dalam menentukan tahap harga maksimum jualan ayam di pasaran. 

“Peranan KPDNHEP terarah kepada penguatkuasaan demi memastikan peniaga mematuhi siling harga ditetapkan,” katanya. 

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan kerajaan memutuskan harga ayam di pasaran tidak akan diapungkan dalam usaha memastikan rakyat tidak terbeban. 

Keputusan yang dibuat itu, katanya, membuktikan keprihatinan kerajaan demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia agar tidak terbeban dengan peningkatan harga dan cabaran kos sara hidup.

Pada masa ini, kerajaan menetapkan harga maksimum runcit ayam dan telur bagi Semenanjung Malaysia bagi ayam bulat standard adalah pada RM8.90 sekilogram dan ayam bulat super (disembelih dan dibersihkan tanpa kaki, kepala, hati dan hempedal) pada RM9.90 sekilogram. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya