Koop Sahabat umum dividen 10 peratus

Koop Sahabat umum dividen 10 peratus

SHABUDIN Yahaya (kiri) menerima cenderamata daripada Mohd. Najib Mohd. Noor (dua dari kanan) pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali kesembilan dan Pengundian Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi 2022, di Bayan Baru, Pulau Pinang hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad (Koop Sahabat) mengumumkan pulangan dividen sebanyak 10 peratus bersamaan RM5.8 juta kepada 243,163 anggota koperasi itu bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 berbanding RM3.9 juta bagi tahun kewangan 2020.

Pengumuman kadar dividen 2021 itu merupakan kadar tertinggi pernah dicatatkan oleh Koop Sahabat sejak penubuhanya pada Ogos 2012.

Pengerusi Koop Sahabat, Mohd. Najib Mohd. Noor berkata, pembayaran dividen itu adalah hasil keuntungan bersih semasa yang dicatatkan oleh Koop Sahabat bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021 tidak termasuk pemotongan zakat sebanyak 2.5 peratus.

”Walaupun turut terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi serta berdepan dengan persekitaran yang mencabar ekoran pandemik Covid-19, Koop Sahabat masih berupaya mengekalkan prestasi kadar dividen yang konsisten,” katanya dalam sidang akhbar selepas perasmian Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali kesembilan dan Pengundian Pemilihan Anggota Lembaga Koperasi 2022 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Datuk Shabudin Yahaya.

Menurut Mohd. Najib, Koop Sahabat mencatatkan prestasi memberangsangkan dengan peningkatan signifikan perolehan pada tahun 2021 berjumlah RM63.2 juta berbanding RM28.5 juta pada tahun sebelumya.

”Ia adalah hasil daripada peningkatan perniagaan melalu aktiviti peruncitan dalam pembekalan stok ayam dan daging beku sebanyak RM13.46 juta.

”Hasil melalui aktiviti perkhidmatan kewangan adalah sebanyak RM12.7 juta menerusi pembukaan enam cawangan baharu Sahabat Ar Rahnu di Setiu, Bertam, Pendang, Wangsa Melawati , Batu Pahat dan Kluang serta aktiviti hartanah menyumbang sebanyak RM 26.9 juta,” katanya.

Tambah beliau, perkara itu telah memberi kesan secara langsung kepada catatan keuntungan Koop Sahabat yang meningkat pada kadar 143 peratus berjumlah RM9.17 juta berbanding RM 3.77 juta pada 2020.

”Usaha ini merupakan komitmen Koop Sahabat dalam menjaga kebajikan anggotanya yang merupakan usahawan wanita dalam kalangan B40 selain dapat memberi keyakinan yang kukuh kepada bakal anggota daripada kalangan Sahabat Usahawan AIM,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd. Najib berkata, Koop Sahabat telah berjaya mencapai dua daripada empat sasaran yang ditetapkan menerusi Pelan Strategik 2020-2024 iaitu mendapatkan kedudukan dalam 10 koperasi terbaik Malaysia serta mengagihkan dividen pada kadar 10 peratus kepada anggota.

“Bersempena ulang tahun Koop Sahabat yang ke-10 pada bulan Ogos ini, anggota lembaga koperasi dan pengurusan berpendirian untuk tidak hanya menumpukan keada pencapaian agihan dividen sahaja.

”Tetapi turut melihat dari konteks lebih luas termasuk tadbir urus yang baik serta mengamalkan intergriti yang tinggi bagi pencapaian yang cemerlang dan kompetitif serta melahirkan warga kerja yang berkualiti tinggi dan produktif,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya