KUALA LUMPUR: Konvensyen dan Sambutan Ulang Tahun Barisan Nasional (BN) Ke-48 merupakan berkemungkinan menjadi pertemuan terakhir ahli-ahli parti itu sebelum menghadapi pilihan raya yang disifatkan paling sengit dalam sejarah Malaysia moden.
Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, hal ini kerana Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan menentukan masa depan parti itu dan Malaysia.
“Justeru, marilah kita semua untuk duduk bersama-sama. Melihat secara jujur segala rencana dan pelan kita, dalam mengatur persedian menghadapi pilihan raya umum akan datang. Tiada lagi ruang, untuk kita berpeluk tubuh. Tiada lagi ruang untuk berasa selasa. Apatah lagi ruang bermimpi untuk menang dengan mudah.
“Untuk pilihan raya akan datang, pada saya, menang tipis atau sipi-sipi bukan pilihan sama sekali,” katanya ketika berucap dalam Konvensyen BN di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur. – UTUSAN