Kluster ILI terkawal

Kluster ILI terkawal

KHAIRY Jamaluddin hadir pada Program Saringan Kesihatan PeKa B40 di Dewan UITM, Rembau, Negeri Sembilan, hari ini. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Golongan ibu bapa dinasihatkan tidak perlu bimbang berikutan terdapat pengesanan beberapa kluster Influenza-Like-Illness (ILI) di sekolah berasrama ketika ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kesemua kes tersebut berada dalam keadaan terkawal dan hanya memerlukan pemantauan serta pengasingan.

Kata beliau, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) membuat penilaian risiko sekiranya wujud keperluan untuk proses penutupan mana-mana sekolah atau institusi pendidikan.

“Kita serah kepada PKD untuk buat penilaian risiko. Untuk apa sahaja penyakit berjangkit jika sudah sampai ke satu tahap yang dirisaukan, langkah-langkah perlu akan diambil. 

“Ibu bapa tak perlu risau, hanya kes yang memerlukan pemantauan dan pengasingan. Kes bertambah dari semasa ke semasa terutama apabila sudah tiada perintah kawalan pergerakan (PKP) dan apabila kita sudah kurangkan langkah-langkah kesihatan awam seperti penjarakan fizikal,” katanya.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Saringan Kesihatan Percuma di bawah Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) di Dewan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Rembau hari ini.

Sementara itu, Khairy berkata, ramai rakyat negara ini yang masih enggan memberi kebenaran untuk menjalani pemeriksaan kanser prostat dan payudara menerusi program PeKa B40.

Katanya, antara faktor perkara tersebut berlaku adalah kerana tidak biasa serta sensitiviti walaupun ia dilaksanakan secara percuma.

“Perkara ini memerlukan kepada kepada satu usaha penerangan yang lebih lanjut lagi sebab mungkin daripada segi faktor budaya dan sebagainya, mereka tidak biasa. Apabila diterangkan saringan itu memerlukan sentuhan di badan dan tempat-tempat tertentu mereka enggan memberi kebenaran terutama bagi mereka yang berumur.

“Perkara ini perlu diberikan tumpuan untuk mengatasi sensitiviti. Kanser prostat, payudara adalah kanser yang tinggi dikesan di negara ini, kita kena cari cara untuk yakinkan mereka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahi, hampir 6 juta individu yang layak mendapatkan Saringan Kesihatan Percuma di bawah PeKa B40 dan daripada jumlah itu, hanya 620,000 individu telah disaring sejak 2019. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.