Klinik kesihatan, ambulans musnah dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Klinik kesihatan, ambulans musnah dalam kebakaran

KLINIK Kesihatan Mansiat musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Sook, Keningau petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU: Klinik Kesihatan Mansiat dan sebuah ambulans musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Tulid Sook, di sini petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sook, Razlan Aridy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden kebakaran itu pada pukul 4.48 petang dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian yang terletak 57 kilometer dari BBP.

Sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, bangunan klinik seluas 150×80 kaki persegi itu telah musnah sepenuhnya.

“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian kebakaran itu. Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 6 petang dan operasi tamat sepenuhnya pada pukul 8.38 malam,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Rose Nani Mudin berkata, kebakaran di Klinik Kesihatan Mansiat itu memusnahkan sepenuhnya bangunan berstruktur kayu dan aset di fasiliti kesihatan tersebut termasuk sebuah ambulans.

Walau bagaimanapun, lima buah kuarters staf yang terletak 50 meter dari klinik kesihatan itu tidak terjejas.

Susulan insiden itu, orang ramai dinasihatkan mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Tulid buat sementara waktu. Semua perkhidmatan akan dipindahkan ke klinik kesihatan berkenaan.

Beliau berkata, pasukan klinik bergerak juga akan ditubuhkan bagi memberi perkhidmatan kesihatan ke kawasan operasi Mansiat.

Fasiliti lain juga akan dikenal pasti seperti dewan masyarakat untuk dijadikan fasiliti alernatif bagi memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk setempat.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya