KL, Selangor diramal hujan lebat berterusan sehingga 2 petang - Utusan Malaysia

KL, Selangor diramal hujan lebat berterusan sehingga 2 petang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan diramal berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya serta kebanyakan tempat di Selangor dan Negeri Sembilan sehingga pukul 2 petang ini.

Menurut MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Selangor melibatkan kawasan Klang, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang manakala kawasan Jelebu serta Seremban bagi Negeri Sembilan.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

MetMalaysia menambah, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya