KL atasi Selangor kes positif Covid-19

KL atasi Selangor kes positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia kembali merekodkan peningkatan kes positif Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 2,005 kes berbanding kelmarin, 1,888 kes sekali gus diatasi 2,367 kes sembuh.

Berdasarkan laman web, https://covidnow.moh.gov.my hari ini, Kuala Lumpur kini mengatasi Selangor apabila mencatatkan 745 kes berbanding Selangor, 442 kes diikuti Sabah (160), Pulau Pinang (111), Perak (103), Negeri Sembilan (83), Putrajaya (71), Johor (54), Melaka (54), Kedah (52), Sarawak (52). 

Diikuti Pahang (31), Kelantan (25), Terengganu (20), Labuan, (14) dan Perlis, lapan kes. 

Pesakit Covid-19 yang diwadkan meningkat kepada 484 orang berbanding kelmarin, 460 orang. 

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) semalam merekodkan 37 kes berbanding jumlah semalam, 34 kes.

Bagaimanapun, jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 19 kes berbanding jumlah kelmarin, 20 kes.

Bagi kluster Covid-19 pula, tiada kluster baharu direkodkan sekali gus menjadikan sebanyak enam kluster yang masih aktif dengan keseluruhan 7,019 kluster.

Dalam perkembangan melibatkan kematian, Malaysia mencatatkan satu kematian Covid-19 berbanding kelmarin, lapan kes sekali gus menjadikan jumlah terkini kekal sebanyak 35,758 kes. 

Manakala, satu kes kematian yang dibawa ke hospital (BID) dilaporkan dan menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 7,585 kes. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya