Kit Siang gesa beku elaun Pengerusi, ahli lembaga FGV

Kit Siang gesa beku elaun Pengerusi, ahli lembaga FGV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menggesa kerajaan membekukan kenaikan elaun tahunan Pengerusi FGV Holdings Berhad (FGV) dan enam ahli lembaga pengarahnya yang menimbulkan spekulasi baru-baru ini. 

Veteran DAP itu berkata, Pengerusi FGV, Datuk Dzulkifli Abd. Wahab dan enam ahli Lembaga Pengarah juga perlu mengisytiharkan bahawa mereka tidak menerima kenaikan tersebut yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) FGV, baru-baru ini. 

“Saya mengulangi gesaan kepada Kabinet Rabu depan (untuk) mengeluarkan arahan membekukan semua kenaikan gaji dan elaun syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) serta memecat penama GLC dan GLIC yang melanggar arahan Kabinet.

“Arahan Kabinet ini kemudiannya perlu dibentangkan ke Parlimen pada 18 Julai ini untuk mendapat persetujuan Parlimen.

“Ia jelas menggelikan hati (apabila) Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) mengumumkan bahawa keluarga yang menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)  menerima RM100 tambahan manakala penerima BKM yang berstatus bujang menerima RM50 tambahan memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat. Tetapi Pengerusi dan Lembaga Pengarah GLC serta GLIC meluluskan jumlah amuan yang besar untuk elaun mereka,” katanya dalam satu kenyataan.

Khamis lalu, majoriti pemegang saham FGV meluluskan 13 resolusi yang dibentangkan AGM syarikat perladangan itu termasuk menaikkan elaun Pengerusi dan ahli lembaga Pengarahnya.  

Elaun Pengerusi Bukan Eksekutif FGV dinaikkan dari RM300,000 kepada RM480,000 atau bersamaan RM25,000 kepada RM40,000 sebulan bagi tempoh satu tahun, bermula 24 Jun 2022 sehingga AGM akan datang.  

Imbuhan Pengarah Bukan Eksekutif FGV bagi tempoh sama juga dinaikkan daripada RM120,000 kepada RM150,000 atau dari RM10,000 kepada RM12,500 sebulan.

LIM KIT SIANG

Mengulas lanjut, Kit Siang juga menggesa Kabinet dan Parlimen memberi gambaran yang jelas bahawa kini adalah masa untuk berjimat dan bukan berlebih-lebihan. 

“Apakah Kabinet dan Parlimen akan menghantar mesej sedemikian? Saya akan meminta Perdana Menteri mendedahkan gaji dan elaun GLC dan GLIC utama dalam mesyuarat Parlimen selama 14 hari dari 18 Julai hingga 4 Ogos ini,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya