Kes Sharnaaz: Polis tunggu arahan TPR 

Kes Sharnaaz: Polis tunggu arahan TPR 

SHARNAAZ AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis sedang menunggu arahan dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) berhubung pertuduhan dikenakan di mahkamah ke atas pelakon, Sharnaaz Ahmad yang didakwa menumbuk dan menendang penghuni sebuah kondominium di Segambut dekat sini pada 16 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, setakat ini pihaknya masih belum mendapat apa-apa arahan daripada TPR berhubung bila pelakon itu akan dituduh di mahkamah.

“Kita masih menunggu arahan selanjutnya daripada TPR berhubung kes ini sama ada dituduh di mahkamah atau tidak.

“Setakat ini sembilan individu telah dirakam percakapanm bagi membantu siasatan kes tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

18 Jun lalu, media melaporkan seorangpelakon lelaki direman tiga hari selepas disyaki menumbuk dan menendang pengawal keselamatan di kondominium di Segambut, dekat sini.

Suspek berusia pertengahan 30-an yang juga penghuni di kondominium sama dilaporkan menumbuk dan menendang mangsa dalam kejadian pada pukul 8.30 malam. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya